awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 cedera dipanah petir

Bernama
Bernama
21/05/2024
04:00 MYT
10 cedera dipanah petir
Perkhidmatan Cuaca Jerman di Leipzig memberi amaran mengenai aktiviti ribut petir di beberapa bahagian Saxony manakala bagi Dresden, amaran risiko ribut petir pada tahap dua daripada empat turut dikeluarkan. - Gambar hiasan
DRESDEN: Seramai 10 orang cedera termasuk empat daripadanya parah akibat dipanah petir di bandar Dresden, timur Jerman pada petang Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut jurucakap bomba, dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun yang diserang sakit jantung berjaya diselamatkan.
Dalam keadaan cuaca buruk dan ribut petir yang melanda Dresden, petir telah menyambar mangsa yang berada di tebing sungai Elbe sejurus selepas 5 petang (1500GMT).
Tiga wanita dan tujuh lelaki berusia antara 26 dan 41 tahun cedera. Empat daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Kesemua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital berhampiran.
Perkhidmatan Cuaca Jerman di Leipzig telah memberi amaran mengenai aktiviti ribut petir di beberapa bahagian Saxony manakala bagi Dresden, amaran risiko ribut petir pada tahap dua daripada empat turut dikeluarkan.
Polis masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#dipanah petir
#Jerman
#Dresden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan