awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 82 hilang akibat banjir di timur laut India

Bernama
Bernama
05/10/2023
07:26 MYT
10 maut, 82 hilang akibat banjir di timur laut India
Hujan lebat di Tasik Lhonak di utara Sikkim mengakibatkan peningkatan paras air di lembangan Sungai Teesta. - Gambar/ AP
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan maut manakala 82 lagi hilang akibat banjir di negeri Sikkim di timur laut India.
Hujan lebat di Tasik Lhonak di utara Sikkim mengakibatkan peningkatan paras air di lembangan Sungai Teesta, lapor media tempatan.
Banyak jalan, jambatan, kenderaan dan bangunan dihanyutkan oleh arus deras.
"Sebanyak 22 anggota tentera telah dilaporkan hilang manakala 41 kenderaan tenggelam di bawah lumpur," kata seorang pegawai tentera.
Lebih 3,000 pelancong dari pelbagai bahagian India terperangkap di Sikkim dan ramai pekerja yang terlibat dalam projek empangan Teesta di kawasan Chungthang terkandas di terowong empangan itu, kata laporan tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Krisis Kebangsaan India (NCMC) di New Delhi pada Rabu meminta pemindahan mereka atas dasar keutamaan.
Tiga pasukan dari Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) telah dikerahkan untuk kerja-kerja bantuan dan menyelamat dengan lebih banyak lagi bersiap sedia, menurut satu kenyataan kerajaan India.
"Jumlah pasukan dan aset yang mencukupi Tentera Darat dan Tentera Udara sedang dikerahkan untuk membantu negeri dalam usaha menyelamat dan pemulihan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir India
#angka korban
#timur laut India
#Tasik Lhonak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan