NEW YORK: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas seorang lelaki bersenjatakan senapang lengkap perisai badan melepaskan tembakan di sebuah pasar raya di Buffalo, New York.

Jumlah sebenar mangsa yang maut dan cedera masih belum didedahkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada suspek menyiarkan secara langsung di internet kejadian tembakan itu.

Siasatan juga masih dalam peringkat awal dan pihak berkuasa masih belum mengetahui motif jelas kejadian itu.

Pasar raya tersebut terletak di kawasan kejiranan yang didominasi kaum kulit hitam, kira-kira lima kilometer di utara bandar Buffalo.

Kawasan sekitar terdapat kediaman perumahan dengan kedai Family Dollar dan balai bomba.

Polis Buffalo mengesahkan penembak itu kini dalam tahanan, tetapi tidak mendedahkan identiti siuspek.

Saksi melaporkan lelaki bersenjata itu lengkap memakai pakaian gaya tentera serta perisai badan.