awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut dalam tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas

Bernama
Bernama
07/12/2023
07:08 MYT
3 maut dalam tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas
Motif serangan masih tidak diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Seramai tiga orang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden tembakan rambang di Universiti Nevada, Las Vegas di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Suspek turut terbunuh selepas dipercayai berbalas tembak dengan polis.
Ketua polis universiti Adam Garcia berkata pihak berkuasa menerima panggilan mengenai seorang penembak aktif pada 11.45 pagi waktu tempatan (1945GMT), lapor Agensi Anadolu.
Terdahulu Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata suspek "telah dikesan dan telah meninggal dunia" selepas beberapa orang cedera di kampus.
Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana suspek itu meninggal dunia.
Polis dalam satu hantaran di X berkata mereka berjaya menumpaskan suspek.
Syerif Kevin McMahill berkata tiada lagi ancaman yang berpunca daripada tembakan itu.
Menurut beliau motif serangan masih tidak diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau berkata, seorang lagi mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu McMahill dijangka mengadakan satu sidang media pada lewat Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#universiti nevada
#Amerika Syarikat
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan