awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut termasuk kanak-kanak insiden tembakan di Afrika Selatan

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2023
22:40 MYT
10 maut termasuk kanak-kanak insiden tembakan di Afrika Selatan
Kawasan perumahan di mana insiden tembakan berlaku di Pietermaritzburg, Afrika Selatan. - Foto REUTERS
PIETERMARITZBURG: Sekurangnya-kurangnya 10 maut dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam insiden tembakan rambang di Afrika Selatan.
Insiden berlaku di sebuah rumah di bandar Pietermaritzburg di wilayah Kwazulu-Natal Timur.
Menurut media tempatan, penyerang menyerbu kediaman mangsa dan menembak mereka.
Menurut laporan awal, polis mengesahkan lapan individu maut dalam serangan terbabit.
Namun jumlah kematian meningkat apabila pihak polis menemui seorang kanak-kanak dan remaja berusia 13 tahun menjadi korban insiden itu.
Suspek juga terbunuh dalam serangan tembak-menembak dengan pihak polis beberapa jam selepas itu.
Polis turut menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, seorang suspek berjaya meloloskan diri tanpa diketahui identitinya.
Difahamkan suspek utama merupakan seorang penjenayah yang terkenal di kawasan tersebut.
Kes masih disiasat dan motif kejadian masih belum dikenal pasti.
Afrika Selatan juga merekodkan kekerapan kes tembakan rambang yang meningkat.
Tahun lalu, 16 orang terbunuh dalam tembakan beramai-ramai di sebuah bar di kawasan Soweto di Johannesburg apabila sekumpulan lelaki bersenjata, beberapa di antaranya membawa senapang, menembak pengunjunga di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#Kanak-kanak
#suspek
#meloloskan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan