awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 terkorban termasuk 5 kanak-kanak dalam kebakaran di Lyon, Perancis

Bernama
Bernama
16/12/2022
08:40 MYT
10 terkorban termasuk 5 kanak-kanak dalam kebakaran di Lyon, Perancis
Sepuluh orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampiran bandar Lyon, Perancis pada Jumaat. - Foto AP
PARIS: Sepuluh orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampiran bandar Lyon, Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mangsa yang terkorban termasuk lima kanak-kanak, empat lagi cedera parah manakala 10 yang lain cedera ringan, termasuk dua anggota bomba, menurut pihak berkuasa tempatan.
Punca kebakaran di pangsapuri tujuh tingkat di pinggir bandar Vaulx-en-Velin Lyon itu masih disiasat.
Kira-kira 170 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus pihak berkuasa menerima kebakaran pada kira-kira 3 pagi.
Jurucakap bomba memberitahu penyiar Perancis BFMTV kebakaran berlaku di tingkat bawah blok pangsapuri yang terletak di taman perumahan dan merebak sehingga ke tingkat tiga.
Operasi memadam kebakaran rumit dan jumlah mangsa mungkin meningkat, kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa asap menyukarkan usaha menyelamat.
Api bagaimanapun berjaya dipadamkan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bangunan kediaman
#Lyon Perancis
#Vaulx-en-Velin Lyon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan