Skip to main content

Malaysia

Kerajaan MADANI kekal komited laksana reformasi, pelihara kestabilan ekonomi -- PM Anwar

Anwar berkata reformasi itu telah membuahkan hasil dengan negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.5 peratus bagi suku ketiga 2026. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar berkata reformasi itu telah membuahkan hasil dengan negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.5 peratus bagi suku ketiga 2026. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan MADANI komited melaksanakan reformasi dan langkah proaktif demi kestabilan ekonomi serta jaminan bekalan bahan api.
  • Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.5 peratus pada suku ketiga 2026, dengan purata 5.6 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini.
  • Belanjawan 2027 menumpukan bantuan diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan dan penambahbaikan perkhidmatan awam untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI kekal iltizam melaksanakan reformasi serta mengambil langkah proaktif memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api walaupun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata reformasi itu telah membuahkan hasil dengan negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.5 peratus bagi suku ketiga 2026. 

Ini menjadikan pertumbuhan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini mencecah 5.6 peratus, berbanding 4.8 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Advertisement

"Prestasi ini meletakkan Malaysia di landasan untuk mencatat pertumbuhan melebihi lima peratus bagi tahun ketiga berturut-turut, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengangkat darjat dan harkat rakyat terbanyak.

"Kendatipun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kerajaan MADANI tidak berganjak daripada iltizam reformasi, di samping mengambil langkah proaktif untuk memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api tatkala krisis Asia Barat melanda," kata beliau menerusi hantaran di media sosialnya hari ini. 

Advertisement

Anwar berkata Belanjawan 2027 meneruskan tekad untuk menaikkan siling pertumbuhan dan mengangkat lantai kehidupan rakyat melalui bantuan yang diperkukuh, pengurangan cukai pendapatan bagi golongan yang layak serta penambahbaikan perkhidmatan awam.

“Ikhtiar ini akan terus diperkasa agar setiap kemajuan ekonomi membawa makna kepada kesejahteraan rakyat, berpaksikan prinsip keadilan, ihsan dan kemanusiaan,” kata beliau.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement