awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 bangunan di Ishikawa musnah akibat gempa bumi

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2024
03:30 MYT
100 bangunan di Ishikawa musnah akibat gempa bumi
Asap tebal dilihat akibat kebakaran susulan gempa bumi yang melanda Wajima, Jepun. - Foto AP
ISHIKAWA: Lebih 100 bangunan dan rumah di bandar Wajima, wilayah Ishikawa hangus akibat kebakaran besar yang berlaku susulan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud yang melanda tengah Jepun pada Isnin.
Menurut media tempatan NHK, sebahagian besar kebakaran berjaya dikawal tetapi api dan asap menebal masih kelihatan naik dari beberapa kawasan pada pagi Selasa.
Ketika ini pihak bomba sedang berusaha menyelamatkan penduduk tempatan yang dipercayai terperangkap di bawah sebuah bangunan tujuh tingkat yang runtuh akibat gempa itu.
Ribuan anggota tentera, bomba dan pegawai polis dari seluruh negara telah dihantar ke kawasan terpencil yang paling teruk terjejas di semenanjung Noto.
Pada masa sama, pihak bomba masih berusaha memadamkan kebakaran di tengah bandar Wajima sejak petang Isnin.
Jabatan bomba tempatan berkata, lebih 100 bangunan di sekitar Jalan Asaichi yang terkenal di pusat bandar itu, kebanyakannya kedai kayu, dipercayai telah terbakar susulan gempa yang melanda.
Bandar Wajima dilaporkan adalah antara bandar paling teruk dilanda gempa bumi.
Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida sahkan kerosakan akibat gempa amat besar, melibatkan banyak korban, bangunan runtuh dan berlaku kebakaran.
Beliau juga menggambarkan saat itu seperti perlumbaan bersama masa dalam menyelamatkan setiap mangsa yang terjejas.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#tsunami
#kebakaran
#runtuhan bangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan