awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 doktor Israel gesa bom semua hospital di Gaza

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2023
00:10 MYT
100 doktor Israel gesa bom semua hospital di Gaza
Kebakaran tercetus di pekarangan Hospital Al-Ahli selepas kemudahan kesihatan itu menjadi sasaran pengeboman Israel bulan lalu. - Agensi/Sinar Harian
TEL AVIV: Kira-kira 100 doktor Israel telah menandatangani surat terbuka menyeru tentera mengebom hospital di Genting Gaza dengan menuduh ia adalah infrastruktur yang digunakan pejuang Hamas.
Surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu menyatakan adalah wajar bagi mengebom hospital kerana penduduk Gaza membiarkan ia dijadikan sarang pengganas.
Isi kandungan surat itu juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan pihak tentera menyasarkan hospital di seluruh Gaza.
"Merekalah (penduduk Gaza) yang membawa kemusnahan ke atas diri mereka sendiri," menurut isi kandungan tersebut.
Surat tersebut mendapat kecaman meluas selepas ia disiarkan di platform X.
Sejak kitaran keganasan tercetus pada 7 Oktober lalu, Israel telah berulang kali mengebom hospital di wilayah Palestin yang dikepung.
Paling diingati, Israel mengebom Hospital Al-Ahli di utara Gaza sehingga meragut hampir 500 nyawa termasuk pesakit dan orang awam.
Selain hospital, Israel turut menyasarkan ambulans yang membawa penduduk Gaza yang cedera selepas kediaman mereka dibedil. - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gaza
#bom hospital
#Hospital Al-Ahli
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan