awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2024
01:30 MYT
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera biru dan putih Israel dan melaungkan "pilihan raya sekarang."
BAITULMAQDIS: Seramai 10,000 orang mengadakan tunjuk perasaan, di sini, pada Ahad menentang kerajaan Benjamin Netanyahu dan menentang pengecualian yang diberikan kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
Perarakan berkenaan mengingatkan protes jalanan besar-besaran tahun lalu.
Kumpulan penunjuk perasaan menganjurkan perhimpunan di luar Parlimen Knesset, menggesa pilihan raya baharu menggantikan kerajaan yang ada sekarang.
Penunjuk perasaan juga mahukan bahagian yang lebih sama rata dalam beban perkhidmatan tentera yang mengikat kebanyakan rakyat Israel.
Kira-kira 600 askar telah terbunuh setakat ini sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu dan perang berikutnya di Gaza, jumlah korban tertinggi tentera dalam beberapa tahun.
Berita n12 Israel melaporkan, ia demonstrasi terbesar sejak perang bermula.
Kabinet Netanyahu telah berdepan kritikan meluas berhubung kegagalan keselamatan serangan Hamas ke atas selatan Israel di mana 1,200 orang terbunuh dan lebih 250 dijadikan tebusan ke Gaza.
Peperangan Israel di kawasan Palestin telah memburukkan lagi kebimbangan dalam masyarakat yang juga meresahkan kerajaan gabungan Netanyahu.
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera biru dan putih Israel dan melaungkan "pilihan raya sekarang."
Di Tel Aviv, beberapa keluarga tebusan dan penyokong mereka menyekat lebuh raya utama, membantah apa yang mereka sifatkan sebagai kegagalan Netanyahu memulangkan orang tersayang mereka. - Agensi
Topic Berkaitan
#Penunjuk perasaan
#Baitulmaqdis
#kerajaan Benjamin Netanyahu
#Parlimen Knesset
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan