awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

103 mayat ditemukan dalam kondominium runtuh akibat gempa di Myanmar

Bernama
Bernama
23/04/2025
11:15 MYT
103 mayat ditemukan dalam kondominium runtuh akibat gempa di Myanmar
Pasukan Penyelamat Myanmar, Jabatan Perkhidmatan Bomba Wilayah Mandalay, dan kakitangan kerajaan Wilayah Mandalay telah menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan sejak 28 Mac. - Gambar/ AP
YANGON: Sehingga Selasa, 52 orang telah diselamatkan manakala 103 mayat ditemukan dari kondominium Sky Villa yang runtuh di wilayah Mandalay, tengah Myanmar, lapor akhbar milik kerajaan, Global New Light of Myanmar pada Rabu.
Bangunan itu runtuh selepas gempa bumi kuat melanda pada 28 Mac, menurut laporan itu, seperti dipetik Xinhua.
Pasukan Penyelamat Myanmar, Jabatan Perkhidmatan Bomba Wilayah Mandalay, dan kakitangan kerajaan Wilayah Mandalay telah menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan sejak 28 Mac di tapak runtuhan, tambahnya.
Gempa bumi itu mengorbankan 3,759 orang manakala 5,107 yang lain mengalami kecederaan, dengan 114 individu masih dilaporkan hilang di seluruh negara setakat Selasa, menurut Global New Light of Myanmar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Myanmar
#kondominium runtuh
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan