awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji

Bernama
Bernama
06/07/2023
16:15 MYT
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas. - AP
BANGKOK: Seramai 11 jemaah haji Thailand meninggal dunia akibat sakit semasa menunaikan haji, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke.
Beliau berkata seramai 3,500 jemaah lagi menerima rawatan perubatan di Arab Saudi.
"Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas," katanya.
Tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi memperuntukkan 13,000 kuota haji untuk Thailand.
Pihak berkuasa Thailand menghantar 130 pegawai untuk membantu menguruskan para jemaah.
Mereka diketuai Senator Zakee Pitakumpol serta wakil dari Pejabat Sheikhul Islam, Suruhanjaya Promosi Hal Ehwal Haji, pakar dalam bahasa Arab, Majlis Islam Pusat Thailand, Jabatan Pentadbiran Wilayah (DOPA) serta pasukan pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#Thailand
#jemaah meninggal dunia
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan