awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut, 9 hilang bot penumpang karam di barat Indonesia

Bernama
Bernama
28/04/2023
04:18 MYT
11 maut, 9 hilang bot penumpang karam di barat Indonesia
Bot laju SB Evelyn Calisca 01 karam di perairan Pulau Burung daerah Indragiri Hilir kira-kira 30 minit selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di daerah itu. -Gambar hiasan
JAKARTA: Sebuah bot laju penumpang yang terlebih muatan karam di perairan wilayah barat Riau, Indonesia pada Khamis, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan lebih sembilan lagi hilang, lapor Xinhua memetik seorang penyelamat.
Bot laju SB Evelyn Calisca 01 karam di perairan Pulau Burung daerah Indragiri Hilir, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di daerah itu.
Bot itu sedang menuju ke sebuah pelabuhan di Tanjung Pinang, ibu kota wilayah Kepulauan Riau, kata I Nyoman Sidakarya, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah.
"Kini, jumlah korban mencecah 11 orang, dan lebih 9 lagi disahkan hilang," katanya dalam kenyataan yang diterima Xinhua.
Sidakarya berkata jumlah korban dan orang hilang mungkin meningkat kerana ramai penumpang tidak disenaraikan dalam senarai penumpang.
Beliau berkata 58 orang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat bersama terdiri daripada pejabat mencari dan menyelamat, tentera, polis dan sukarelawan.
Pejabat mencari dan menyelamat akan menunggu laporan daripada saudara atau keluarga mengenai kehilangan anggota mereka dalam beberapa hari akan datang, menurut Kukuh Widodo, pegawai akhbar di pejabat mencari dan menyelamat di wilayah Riau kepada Xinhua melalui telefon.
"Bot laju ini terlalu kecil untuk membawa lebih 80 orang. Ia membawa terlalu ramai penumpang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot penumpang karam
#terlebih muatan
#SB Evelyn Calisca 01
#perairan Pulau Burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan