awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut di Kemboja selepas minum wain beras mengandungi kadar metanol tinggi

Bernama
Bernama
19/05/2021
10:40 MYT
11 maut di Kemboja selepas minum wain beras mengandungi kadar metanol tinggi
Sampel wain itu kemudian diuji di makmal Institut Kesihatan Umum di Phnom Penh dan hasil ujian mendapati wain tersebut mengandung kadar metanol yang tinggi. - Gabar hiasan/pixabay
PHNOM PENH: Seramai 11 penduduk kampung di wilayah Kandal selatan Kemboja maut selepas meminum wain beras buatan tempatan yang didapati mengandungi kadar metanol yang tinggi, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut ketua jabatan kesihatan wilayah itu, Kuoy Bunthoeun pada Rabu kejadian berlaku di kampung Ta Skor di komuniti Sarika Keo daerah Lvea Em 10 Mei lalu.
"Sampel wain itu kemudian diuji di makmal Institut Kesihatan Umum di Phnom Penh dan hasil ujian mendapati wain tersebut mengandung kadar metanol yang tinggi," katanya.
Kandungan metanol dalam wain itu melebihi jumlah dibenarkan iaitu 0.15 peratus.
Katanya, pihak jabatan telah meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan menutup semua kilang penyulingan dan kedai menjual wain beras di daerah ini untuk mengelak lebih banyak kematian.
Sementara itu, ketua daerah Lvea Em Kan Sokkay berkata pihak berkuasa telah merampas wain beras yang dijual oleh kira-kira 20 gerai di daerah ini dan menasihati penjual berhenti menjualnya buat sementara waktu.
Wain beras sangat popular di kawasan luar bandar kerana harganya yang murah.
Pada November, di wilayah Kampong Chhnang tujuh orang maut akibat minuman wain metanol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut
#kesihatan
#metanol
#Phnom Penh
#wain
#wain beras
#Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan