awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 bayi pramatang maut dalam kebakaran hospital di Baghdad

Agensi
Agensi
10/08/2016
12:31 MYT
12 bayi pramatang maut dalam kebakaran hospital di Baghdad
Sekurang-kurangnya 12 bayi pramatang terkorban dalam satu kebakaran yang memusnahkan wad bersalin di sebuah hospital di Baghdad pada Rabu. -Reuters
Sekurang-kurangnya 12 bayi pramatang terkorban dalam satu kebakaran yang memusnahkan wad bersalin di sebuah hospital di Baghdad pada Rabu.
Menurut pegawai perubatan dan keselamatan, Jassem Lateef al-Karkh dari Direktorat Kesihatan Baghdad, hanya tujuh bayi dapat diselamatkan dan dibawa ke wad lain.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Ahmed al-Rudeini memaklumkan bahawa kebakaran di hospital Yarmuk di barat Baghdad itu disebabkan oleh masalah pada sistem elektrik yang berlaku selepas tengah malam (2100 GMT Selasa).
"Seramai 29 wanita yang berada di wad sama telah dipindahkan ke hospital lain," katanya.
Pasukan keselamatan menutup kawasan itu ketika pasukan forensik menggeledah wad yang terbakar itu manakala ibu bapa serta saudara-mara berkumpul di luar menunggu maklumat daripada pihak berkuasa.
Sebuah mesin inkubator yang hangus dapat dilihat di luar pintu masuk ke hospital yang dikawal ketat pihak polis.
Situasi bertambah sukar apabila mayat bayi dijumpai dalam keadaan rentung dan menyukarkan proses mengenal pasti mayat.
Topic Berkaitan
#Ahmed al-Rudeini
#bayi pra-matang
#Jassem Lateef al-Karkh
#wad bersalin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan