awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 maut, 30 hilang susulan runtuhan tebing sungai di Peru

Bernama
Bernama
02/12/2025
01:40 MYT
12 maut, 30 hilang susulan runtuhan tebing sungai di Peru
Hakisan tebing yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan tanah runtuh ke dalam sungai, mencetuskan aliran air kuat yang mengganggu kestabilan bot.
BOGOTA (Colombia): Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 30 lagi hilang selepas runtuhan tebing sungai menyebabkan dua bot penumpang terbalik di Sungai Ucayali, Peru pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa.
Kejadian berlaku pada awal pagi berhampiran pelabuhan Iparia, sebuah lokasi terpencil yang mengambil masa lebih sehari perjalanan menaiki bot dari Pucallpa, ibu negara wilayah Ucayali.
Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pertahanan (COEN) Peru, hakisan tebing yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan tanah runtuh ke dalam sungai, mencetuskan aliran air kuat yang mengganggu kestabilan bot.
Kedua-dua bot berkenaan sedang berlabuh ketika runtuhan berlaku.
COEN memaklumkan, sebuah bot tidak membawa penumpang manakala sebuah lagi membawa kira-kira 50 orang.
Foto yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai berpaut pada cebisan kayu bagi mengelakkan diri daripada lemas.
Pasukan penyelamat mengesahkan tiga kanak-kanak antara mangsa maut.
Operasi mencari sedang dijalankan dengan bantuan Tentera Laut Peru bagi mengesan mangsa yang hilang.
Wilayah Ucayali, merupakan kawasan hutan yang bersempadan dengan Loreto di utara dan Brazil di timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peru
#runtuhan tebing sungai
#Sungai Ucayali
#bot penumpang terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan