Sejumlah 12 orang maut dalam pertempuran antara sekumpulan lelaki bersenjata dengan pasukan keselamatan di negeri Rakhine, Myanmar.

Media tempatan pada Rabu melaporkan, aktiviti keganasan dijangka meningkat di sekitar lokasi kejadian.

Empat tentera dan seorang penyerang terbunuh pada Selasa selepas ratusan lelaki bersenjatakan pistol dan pedang menyerang pasukan keselamatan di kampung Pyaungpit.

“Selepas insiden itu, pasukan keselamatan menemui tujuh mayat,” lapor akhbar Global New Light of Myanmar, merujuk kepada pertempuran di Taung Paing Nyar.