awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk terima rawatan

Bernama
Bernama
16/01/2025
22:30 MYT
12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk terima rawatan
Perjanjian gencatan senjata menawarkan peluang untuk mempercepatkan pemindahan perubatan untuk lebih 12,000 orang, termasuk ramai kanak-kanak yang sangat memerlukan rawatan menyelamatkan nyawa di luar Gaza. - Gambar fail
LONDON: Seramai 12 pesakit dari Gaza telah dipindahkan ke Eropah untuk menerima rawatan, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania semalaman untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan, menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi kenyataan di X.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada negara itu dan Kesatuan Eropah (EU) bagi Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan atas kerjasama dan sokongan mereka.
"Perjanjian gencatan senjata ini menawarkan peluang untuk mempercepatkan pemindahan perubatan untuk lebih 12,000 orang, termasuk ramai kanak-kanak yang sangat memerlukan rawatan menyelamatkan nyawa di luar Gaza," katanya.
"Kami berharap perjanjian ini akan dikekalkan kerana banyak nyawa bergantung kepadanya. Perdamaian adalah "ubat terbaik"!," kata Ghebreyesus.
Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Rabu mengumumkan bahawa pengantara telah mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza dan pelaksanaannya akan bermula Ahad ini.
Pengumuman itu dibuat pada hari ke-467 genosid Israel di Gaza, yang telah meragut lebih 46,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#pesakit
#gencatan senjata
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan