awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 cedera gempa bumi gegar barat Afghanistan

Bernama
Bernama
29/10/2023
10:38 MYT
13 cedera gempa bumi gegar barat Afghanistan
Menurut data Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa dengan magnitud 5.0 berlaku pada 11.57 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) di Herat. - Gambar fail/USGS
HERAT (Afghanistan): Satu gempa bumi baharu menggegarkan wilayah Herat di barat Afghanistan pada Sabtu malam mengakibatkan seramai 13 orang cedera, lapor Xinhua.
Menurut data Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa dengan magnitud 5.0 berlaku pada 11.57 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km) di Herat.
Selain itu pada 9.20 pagi Ahad, satu lagi gempa bumi berukuran 4.8 magnitud menggegarkan wilayah berkenaan.
Ketua hospital wilayah Herat, Noor Gul Walizada mengesahkan kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Menurut penduduk tempatan, gempa bumi juga menyebabkan kerosakan harta benda.
Sejak 7 Oktober, beberapa gempa bumi telah melanda wilayah Herat, Badghis dan Farah yang menyebabkan ribuan kematian selain memusnahkan ribuan kediaman
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#cedera
#kerosakan barta benda
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan