awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2024
00:30 MYT
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Pemandangan dari udara tapak pembinaan yang runtuh di Shenzhen. - Foto AP
SHENZHEN: Seramai 13 orang hilang selepas tanah runtuh di tapak pembinaan projek rel utama di bandar Shenzhen, China selatan.
Biro pengurusan kecemasan daerah Bao’an melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Pihak berkuasa memaklumkan pencarian mangsa hilang masih diteruskan dan punca kejadian sedang disiasat.
Penduduk di kawasan berhampiran dipindahkan bagi memastikan keselamatan mereka.
Menurut pegawai bandar, beberapa lebuh raya utama berhampiran tapak kejadian ditutup bagi memudahkan usaha menyelamat.
Pembinaan bahagian rel yang menghubungkan Shenzhen ke Jiangmen di wilayah Guangdong, selatan China, bermula pada 2022.
Kemalangan industri kerap berlaku di China akibat peraturan keselamatan yang tidak jelas dan penguatkuasaan yang lemah.
Pada Ogos lalu, insiden lombong di wilayah Sichuan, barat daya China, meragut lapan nyawa.
Sementara itu, letupan gas di wilayah Hebei, utara China, membunuh tujuh orang dan mencederakan puluhan yang lain pada Mac lalu.
Februari lalu, seramai 15 orang maut dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman di Nanjing, China timur.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#tapak pembinaan
#tapak rel
#kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan