awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini

Bernama
Bernama
23/04/2024
06:00 MYT
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Seramai 11 daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di kawasan Somanga di daerah Kilwa, wilayah Lindi, selatan Tanzania, menurut polis.
Komander polis wilayah Lindi, John Imori dalam sidang akhbar berkata 11 daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua orang disahkan maut ketika menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan tempatan, sambil menambah insiden itu berlaku pada 7.30 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua.
Imori berkata perlanggaran berlaku selepas lori tangki itu melencong ke seberang jalan, iaitu bas mini sedang mengangkut penumpang di lebuh raya Lindi-Dar es Salaam.
Beliau berkata polis sedang mencari pemandu lori tangki berkenaan yang menghilangkan diri selepas kemalangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#tanzania
#angka korban
#lori tangki minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan