Skip to main content

Dunia

Iran dakwa lancar enam dron sasar radar AS di Bahrain

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa melancarkan enam dron ke atas sistem radar pertahanan udara AS di Pangkalan Udara Al-Riffa, Bahrain. -Gambar fail/Reuters
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa melancarkan enam dron ke atas sistem radar pertahanan udara AS di Pangkalan Udara Al-Riffa, Bahrain. -Gambar fail/Reuters

Ringkasan AI

  • Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa melancarkan enam dron ke atas sistem radar pertahanan udara AS di Pangkalan Udara Al-Riffa, Bahrain.
  • Bahrain mengesahkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas beberapa ancaman tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
  • Kementerian Luar Bahrain mengecam serangan itu sebagai pencabulan kedaulatan dan menolak penggunaan wilayahnya untuk pertikaian antara Tehran dan Washington.
Advertisement

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa melancarkan enam dron bagi menyasarkan sistem radar pertahanan udara Amerika Syarikat (AS) di Pangkalan Udara dan Helikopter Al-Riffa, Bahrain pada awal pagi Ahad, lapor The Guardian.

Menurut IRGC, serangan yang dilancarkan Pasukan Aeroangkasa badan itu merupakan tindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai tindakan permusuhan AS.

IRGC turut mendakwa ia merupakan kali kedua dalam tempoh tiga hari aset radar AS di Bahrain menjadi sasaran.

Advertisement

Kementerian Dalam Negeri Bahrain berkata, dua amaran keselamatan dikeluarkan dalam tempoh tiga jam bermula sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan, manakala siren kecemasan turut dibunyikan di beberapa kawasan bagi menggesa penduduk berlindung di lokasi selamat.

Bagaimanapun, Angkatan Pertahanan Bahrain memaklumkan sistem pertahanan udara negara itu berjaya memintas beberapa ancaman udara sebelum mengenai sasaran tanpa sebarang laporan kecederaan atau kemalangan jiwa setakat ini.

Advertisement

Kementerian Luar Bahrain turut mengecam tindakan tersebut sebagai pencabulan kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa, selain menolak penggunaan wilayahnya sebagai medan menyelesaikan pertikaian di antara Tehran dan Washington.

Dalam kenyataan berasingan yang disiarkan media kerajaan Iran, IRGC turut mendakwa laluan perdagangan tenaga di Selat Hormuz kekal ditutup dan memberi amaran bahawa sebarang tindakan ketenteraan lanjut oleh AS akan mengundang tindak balas yang lebih besar.

IRGC pada Jumaat mendakwa berjaya memusnahkan sistem radar amaran awal AS di Bahrain susulan serangan udara ke atas menara telekomunikasi di bandar pelabuhan Sirik, Wilayah Hormozgan di selatan Iran.

Bagaimanapun, Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) menafikan dakwaan tersebut dan berkata tenteranya berjaya menembak jatuh dua dron serangan sehala yang dilancarkan ke arah Bahrain.

Sehingga kini, CENTCOM masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan serangan terbaharu yang berlaku pada Ahad.

Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika usaha diplomatik bagi menamatkan konflik antara Iran dengan AS serta Israel masih belum mencapai penyelesaian.

Must Watch Video

Advertisement