Skip to main content

Dunia

14 maut dalam nahas helikopter Saudi Aramco di Ras Tanura

General view of Saudi Aramco's Ras Tanura oil refinery and oil terminal in Saudi Arabia May 21, 2018. REUTERS
Seramai 14 warga tempatan terbunuh selepas sebuah helikopter milik syarikat minyak gergasi Saudi Aramco terhempas di Ras Tanura, di pesisir timur negara itu pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

RIYADH: Seramai 14 warga tempatan terbunuh selepas sebuah helikopter milik syarikat minyak gergasi Saudi Aramco terhempas di Ras Tanura, di pesisir timur negara itu pada Ahad.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), nahas yang berlaku kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan itu mengorbankan kesemua individu di dalam pesawat.

"Siasatan sedang dijalankan dengan penyertaan pihak berkuasa berkaitan bagi mengenal pasti punca nahas helikopter itu," menurut SPA.

Insiden itu berlaku dua hari selepas Saudi Aramco menyambung semula aktiviti pemuatan minyak mentah di terminal Ras Tanura pada Jumaat lalu.

Syarikat tersebut belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu selepas dihubungi Reuters untuk mendapatkan komen.

Insiden itu berlaku ketika Arab Saudi mempercepat penghantaran kargo minyak susulan peningkatan pengeluaran dan eksport minyak serta gas oleh negara-negara pengeluar di Asia Barat.

Langkah itu diambil menjelang pelaksanaan perjanjian sementara bagi menghentikan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.

Must Watch Video

Advertisement