Skip to main content

Dunia

Diplomat tertinggi Pakistan, Arab Saudi bincang situasi serantau selepas serangan Houthi

Kerosakan pada menara Public Investment Fund (PIF), ibu pejabat dana kekayaan negara Arab Saudi, selepas serangan yang didakwa dilakukan kumpulan Houthi di Riyadh, Arab Saudi. - Foto REUTERS
Kerosakan pada menara Public Investment Fund (PIF), ibu pejabat dana kekayaan negara Arab Saudi, selepas serangan yang didakwa dilakukan kumpulan Houthi di Riyadh, Arab Saudi. - Foto REUTERS
Advertisement

ISLAMABAD: Diplomat tertinggi Pakistan dan Arab Saudi membincangkan perkembangan terbaharu serantau pada Ahad, beberapa jam selepas pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Kumpulan Houthi Yaman, lapor Anadolu Ajansi.

Ishaq Dar dan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, berbincang  menerusi panggilan telefon serta turut menyentuh kerjasama di forum pelbagai hala dan langkah memperkukuh koordinasi bagi perkara berkepentingan bersama, menurut kenyataan Kementerian Luar Islamabad.

Kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan kemungkinan mengadakan mesyuarat Menteri-Menteri Luar R4 dalam masa terdekat bagi meneruskan perundingan mengenai perkembangan serantau.

Advertisement

R4 (Empat Serantau) ialah kumpulan diplomatik menteri luar dari Pakistan, Turkiye, Arab Saudi dan Mesir yang menumpukan kepada keamanan, keselamatan serta pengurangan ketegangan serantau.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus berhubung secara "rapat" bagi mengekalkan momentum penglibatan diplomatik.

Advertisement

Pakatan pimpinan Arab Saudi memaklumkan pada awal Ahad bahawa pertahanan udaranya telah memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Houthi ke arah barat Arab Saudi.

Pemintasan pada Ahad itu mencetuskan amaran pertahanan awam bagi Wilayah Makkah dan menyusuli gelombang serangan peluru berpandu serta dron Houthi pada Sabtu, ketika Pertahanan Awam mengeluarkan lima amaran melibatkan Najran, Riyadh, Al-Sulayyil dan Jazan sebelum mengumumkan bahaya telah berakhir di beberapa kawasan.

Islamabad secara konsisten mengecam serangan Houthi ke atas infrastruktur ekonomi dan tenaga Arab Saudi.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement