awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
Pencemaran Sungai Sayong: JAS Johor, Jabatan Perikanan jalankan siasatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 rakyat Palestin termasuk 3 wartawan terbunuh dalam serangan ke atas hospital Gaza

Bernama
Bernama
25/08/2025
11:45 MYT
14 rakyat Palestin termasuk 3 wartawan terbunuh dalam serangan ke atas hospital Gaza
Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila jet pejuang Israel menyerang Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis pada Isnin. - Foto REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila jet pejuang Israel menyerang Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis pada Isnin, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.
Antara yang terkorban termasuk jurukamera Palestin TV Hossam al-Masry, jurukamera Al Jazeera Mohammed Salama dan wartawan Maryam Abu Daqqa, sementara beberapa wartawan lain turut cedera.
Petugas kesihatan dan pasukan pertahanan awam turut terbunuh ketika cuba memindahkan mangsa yang cedera.
Dua hari lalu, jurukamera Palestin TV Khaled al-Madhoun terbunuh dalam serangan udara berasingan oleh Israel.
Dalam laporan berasingan, WAFA memetik sumber perubatan sebagai berkata seramai 11 orang awam termasuk dua kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh 24 jam lalu.
Sumber perubatan melaporkan jumlah keseluruhan korban akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan kini meningkat kepada 300 orang, termasuk 117 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#serangan di hospital Gaza
#Khan Yunis
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan