awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 anggota polis cedera dalam kekacauan di Ireland Utara

Bernama
Bernama
10/06/2025
22:00 MYT
15 anggota polis cedera dalam kekacauan di Ireland Utara
Keadaan di sekitar lokasi kejadian pada malam kedua rusuhan di Ballymena, Ireland Utara, 10 Jun 2025. - Gambar Reuters
LONDON: Polis Ireland Utara mengesahkan 15 anggota polis cedera semasa satu kekacauan pada Isnin malam, lapor Xinhua.
Perkhidmatan Polis Ireland Utara (PSNI) dalam kenyataan di laman sesawangnya pada Selasa mengutuk keganasan yang berlaku di Ballymena.
Menurut media tempatan, kekacauan itu berlaku selepas satu tunjuk perasaan aman menyokong keluarga seorang gadis yang didakwa menjadi mangsa serangan seksual hujung minggu lepas.
Polis menyatakan sekitar pukul 7.30 malam waktu tempatan, perhimpunan awam yang dirancang pada mulanya berlangsung secara aman menuju ke kawasan Clonavon Terrace, Ballymena.
Beberapa individu bertopeng kemudian memisahkan diri daripada perhimpunan, membina perintang, mengumpul bahan pelontar dan menyerang hartanah di kawasan Clonavon Terrace.
Sebahagian peserta kemudian menyerang anggota polis yang terpaksa menghadapi serangan berterusan selama beberapa jam.
Dalam insiden itu, beberapa kediaman dan premis perniagaan mengalami kerosakan dengan tingkap dan pintu dipecahkan. Empat rumah terbakar menyebabkan tiga penghuni dipindahkan.
Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki melakukan rusuhan, cuba melakukan kerosakan harta benda dan melawan polis, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ireland Utara
#kekacauan
#15 polis cedera
#mangsa serangan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami