awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 banduan maut dipenggal dalam rusuhan penjara

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
30/07/2019
21:23 MYT
16 banduan maut dipenggal dalam rusuhan penjara
Ahli keluarga banduan berkumpul di bahagian luar penjara susulan kejadian. - Foto AP Newsroom
16 banduan mati dalam keadaan menyayat hati apabila dipenggal dalam insiden rusuhan penjara di utara Brazil pada Isnin selepas beberapa kumpulan kongsi gelap bergaduh antara satu sama lain.
Menurut pegawai penjara berkenaan, kira-kira 57 penghuni penjara terbunuh di dalam insiden pentempuran terbesar kedua yang berlaku di dalam penjara itu disebabkan sistem penjara dan populasi banduan yang terlalu ramai dalam tempoh beberapa bulan.
Media tempatan memaklumkan bahawa pertempuran itu berlaku di Pusat Pemulihan Serantau Altamira sekitar pukul 7 pagi waktu tempatan.
Dua orang pengawal keselamatan telah dijadikan tebusan semasa pertempuran yang berlangsung berjam-jam dan akhirnya berjaya dikawal sekitar tengah hari.
Stesen TV di Brazil turut menunjukkan rakaman asap hitam tebal yang naik dari kawasan penjara dan beberapa individu memanjat bumbung bangunan bagi menyelamatkan diri.
"Kebanyakan tahanan mati akibat sesak nafas susulan asap tebal," kata pegawai kerajaan, sambil menambah bahawa jumlah kematian boleh meningkat.
“Tiada senjata api yang ditemui di tempat kejadian, tetapi terdapat beberapa alatan yang diubahsuai menjadi pisau dan digunakan semasa pentempuran itu”, jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peninsular.
Beberapa mayat masih belum dapat dikeluarkan disebabkan oleh kebakaran itu.
Topic Berkaitan
#banduan dipenggal
#kongsi gelap
#penjara Brazil
#Pusat Pemulihan Serantau Altamira
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan