awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 budak alami 'sindrom werewolf'

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2019
02:38 MYT
16 budak alami 'sindrom werewolf'
Gambar fail menunjukkan seorang remaja di India yang mengalami 'sindrom werewolf'. -Gambar Sinar Harian
Seramai 16 kanak-kanak mengalami 'sindrom werewolf' selepas mengambil ubat tercemar di Sepanyol.
Kebanyakan budak menunjukkan hypertrichosis yang menyebabkan pertumbuhan bulu di seluruh tubuh mereka selepas mereka mengambil ubat tercemar dengan minoxidil untuk merawat alopesia (ketiadaan rambut atau bulu pada kawasan yang biasanya berambut).
Susulan kejadian itu, Agensi untuk Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan Sepanyol mengarahkan kelompok pertama produk ubat-ubatan Farma-Quimica Sur SL, sebuah syarikat farmaseutikal berpusat di Malaga ditarik balik daripada edaran pada 11 Julai lalu selepas 13 kes dilaporkan.
Tiga lagi kes baharu direkodkan pada awal bulan lalu dan memaksa langkah sama dibuat terhadap ubat yang dikeluarkan farmasi itu.
Sumber kesihatan memaklumkan pertumbuhan rambut kesemua budak itu terhenti apabila mereka berhenti mengambil ubat tersebut.
Pihak berkuasa kesihatan percaya insiden ubat tercemar itu turut menjejaskan sehingga 30 farmasi dan lebih 50 kelompok ubat.
Difahamkan, lesen operasi Farma-Quimica Sur yang mempunyai pembekal di India telah digantung dan ia tidak boleh menghasilkan, mengimport atau mengedarkan ubat-ubatan.
Sindrom werewolf atau hypertrichosis adalah istilah yang digunakan terhadap pertumbuhan bulu secara melampau pada bahagian tubuh individu. - Agensi
Topic Berkaitan
#berambut
#Farma-Quimica Sur SL
#hypertrichosis
#ketiadaan rambut
#produk kesihatan
#sindrom werewolf
#ubat tercemar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan