awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 maut kilang belerang di Rusia meletup

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2021
03:01 MYT
16 maut kilang belerang di Rusia meletup
Siasatan awal mendapati, punca insiden disebabkan kegagalan ketika proses pengeluaran. - Foto AP
RYAZAN: Sekurangnya 16 maut dalam insiden letupan dan kebakaran di sebuah kilang belerang di Rusia.
Letupan berlaku di kilang elastik di wilayah Ryazan itu, kira-kira 270 kilometer tenggara Moscow.
Pemangku Ketua Kementerian Persekutuan Rusia, Alexander Chupriyan berkata, tiada lagi risiko letupan susulan, selepas beliau tiba di lokasi.
Pihak berkuasa pada awalnya berkata, letupan itu membunuh tujuh orang dan menyebabkan sembilan yang lain hilang.
Namun beberapa jam kemudian, angka korban bertambah selepas mereka yang hilang disahkan maut.
Seorang dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius.
Kementerian menyatakan, 170 pekerja kecemasan dan 50 kenderaan terlibat dalam menangani kebakaran.
Siasatan awal mendapati, punca insiden disebabkan kegagalan ketika proses pengeluaran.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#meletup
#belerang
#kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan