awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas Rafah

Bernama
Bernama
28/05/2024
10:45 MYT
16 terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas Rafah
Kemusnahan susulan serangan tentera Israel di lokasi yang menempatkan pelarian Palestin yang tinggal di Rafah, Semenanjung Gaza, Isnin, 27 Mei 2024. -Gambar fail/AP
GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin pada Selasa dilaporkan terbunuh dalam siri pengeboman besar Israel ke atas kawasan di barat dan tengah Rafah di selatan Semenanjung Gaza, ketika serangan Israel ke atas wilayah kecil itu memasuki hari ke-235.
Menurut koresponden agensi Anadolu (AA), ribuan rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan barat Rafah selepas tentera Israel meluaskan serangan ke bandar itu pada Isnin malam.
Antara mangsa di Rafah, tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di Tal al-Sultan, barat laut pusat bandar Rafah, kata sumber perubatan kepada Anadolu.
Serangan hebat Israel semalaman di barat Rafah itu menyebabkan staf perubatan dan pesakit terperangkap di dalam klinik Tal al-Sultan dan hospital lapangan Indonesia di bandar itu, menurut saksi.
Pencerobohan Israel ke atas Rafah menjadikan tentera Israel hampir menguasai sepenuhnya kawasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir, dikenali sebagai Koridor Philadelphi, zon penampan yang bebas daripada aktiviti ketenteraan, terletak di sepanjang sempadan Gaza dengan Mesir.
Israel meneruskan serangan kejamnya terhadap Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.
Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.
Sekurang-kurangnya 36,050 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak dan lebih 81,000 yang lain cedera sejak Oktober.
Israel dituduh melakukan "genosid" di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan bahawa tenteranya tidak melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bahawa bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafah
#serangan Israel
#rakyat Palestin terbunuh
#siri pengeboman besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan