awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 pemberontak terbunuh di Narathiwat ketika cuba serang hendap

Bernama
Bernama
13/02/2013
07:13 MYT
17 pemberontak terbunuh di Narathiwat ketika cuba serang hendap
Tujuh belas pemberontak maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat awal hari ini.
Komander Tentera Laut Narathiwat Kol Somkiat Ponprayoon berkata kira-kira 50 pemberontak yang dilengkapi senjata dan berpakaian seragam tentera dengan jaket kalis peluru daripada kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) menyerbu kem kecil yang mempunyai 50 pegawai dan anggota pada pukul 1 pagi.
"Kami telah menjangka serangan mereka itu dan kami dalam keadaan cukup bersedia dengan bantuan 60 komando.
"Kami mengetahui rancangan mereka apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah seorang anggota BRN yang maut ketika berbalas tembak dengan pihak berkuasa di Saiburi, Bachok, Pattani, dua hari lepas. Kami menemui catatan mengenai rancangan serangan hendap itu," katanya. Pertempuran bersenjata itu berlangsung selama antara dua hingga tiga jam di kem di Kampung Jelor, Bachok, Narathiwat.
Somkiat berkata seorang daripada pemberontak yang maut dikenali sebagai Matroso Chantarawadi, seorang daripada pemimpin BRN yang paling dikehendaki dengan tawaran imbuhan 2 juta Baht (RM200,000).
Keadaan anggota tentera yang terlibat dalam pertempuran itu masih tidak diketahui. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Narathiwat Rachanakarin.
Ini adalah kematian paling tinggi membabitkan pemberontak sejak tahun kebelakangan ini apabila selama ini anggota tentera, polis dan orang awam menjadi mangsa serangan pemberontak dengan jumlah kematian yang kecil membabitkan kumpulan pemberontak.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah menggerakkan semula gerakan bersenjata untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala sejak sembilan tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Narathiwat
#pemberontak
#Selatan Thai
#serang hendap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan