Skip to main content
Advertisement

Dunia

Indonesia lanjut tempoh pensijilan halal PMKS hingga 2028

Maman berkata pelanjutan tempoh tersebut dibuat selepas PMKS gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, selain kebanyakannya masih berdepan kesukaran menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan. -Foto Facebook Maman Abdurrahman
Maman berkata pelanjutan tempoh tersebut dibuat selepas PMKS gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, selain kebanyakannya masih berdepan kesukaran menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan. -Foto Facebook Maman Abdurrahman

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan Indonesia melanjutkan tempoh akhir pensijilan halal wajib bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sehingga tahun 2028.
  • Pelanjutan ini dibuat selepas PMKS gagal mencapai sasaran pensijilan halal dan menghadapi kesukaran menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Program pensijilan halal percuma kerajaan juga gagal mencapai sasaran pengeluaran 1.35 juta sijil halal menjelang tarikh akhir asal pada 2026.

MAKASSAR: Kerajaan Indonesia melanjutkan tempoh akhir pematuhan kewajipan pensijilan halal bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sehingga 2028.

Menteri Koperasi dan PMKS, Maman Abdurrahman, berkata keputusan itu dibuat atas arahan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang memahami keluhan pemain industri berkenaan, lapor ANTARA.

Sebelum ini, tarikh akhir penguatkuasaan kewajipan pensijilan halal itu ditetapkan pada 18 Oktober 2026.

Maman berkata pelanjutan tempoh tersebut dibuat selepas PMKS gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, selain kebanyakannya masih berdepan kesukaran menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Program pensijilan halal percuma kerajaan (SEHATI) menerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) juga gagal mencapai sasaran pengeluaran 1.35 juta sijil halal untuk PMKS menjelang tarikh akhir asal.

Beliau berkata proses permohonan yang masih rumit serta membebankan operasi perniagaan kecil menjadi antara faktor utama kegagalan itu.

Kewajipan pensijilan halal berkenaan termaktub di bawah Undang-Undang Nombor 33 Tahun 2014 mengenai Jaminan Produk Halal yang bertujuan melindungi pengguna Islam.

Menurut beliau, kementeriannya kini sedang menilai keberkesanan pelanjutan tempoh tersebut bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengimbangi tuntutan undang-undang dengan keupayaan sebenar PMKS.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Mengapa tempoh akhir pematuhan pensijilan halal bagi PMKS di Indonesia dilanjutkan hingga 2028? 
    A: Tempoh dilanjutkan kerana PMKS gagal mencapai sasaran yang ditetapkan dan ramai masih menghadapi kesukaran menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Q: Siapakah yang mengarahkan pelanjutan tempoh pematuhan pensijilan halal ini? 
    A: Pelanjutan tempoh ini diarahkan oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
  • Q: Apakah sasaran asal program pensijilan halal percuma kerajaan (SEHATI) yang tidak tercapai? 
    A: Sasaran asal adalah pengeluaran 1.35 juta sijil halal untuk PMKS menjelang tarikh akhir asal pada 18 Oktober 2026.
  • Q: Apakah faktor utama kegagalan PMKS mencapai sasaran pensijilan halal? 
    A: Proses permohonan yang rumit dan membebankan operasi perniagaan kecil menjadi antara faktor utama kegagalan.
  • Q: Di bawah undang-undang manakah kewajipan pensijilan halal ini termaktub? 
    A: Kewajipan pensijilan halal termaktub di bawah Undang-Undang Nombor 33 Tahun 2014 mengenai Jaminan Produk Halal.

Must Watch Video

Advertisement