awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 cedera dalam kemalangan kenderaan penumpang di Lapangan Terbang Washington Dulles

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2025
02:50 MYT
18 cedera dalam kemalangan kenderaan penumpang di Lapangan Terbang Washington Dulles
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan menilai kerosakan pada terminal. - Foto AP
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 18 orang cedera selepas sebuah kenderaan pengangkut penumpang, dikenali sebagai mobile lounge, merempuh dok bangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles pada petang Isnin.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 18 orang cedera selepas mobile lounge merempuh dok bangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles.
  • Pihak berkuasa lapangan terbang berkata kecederaan ringan dan tidak mengancam nyawa.
  • Mobile lounge dikritik sebagai usang; siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Metropolitan Washington (MWAA), insiden berlaku sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan apabila kenderaan tersebut, yang membawa penumpang dari Concourse D ke terminal utama, melanggar dok pada sudut yang tidak tepat semasa menghampiri bangunan.
Penumpang yang berada dalam kenderaan tersebut keluar menggunakan tangga dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan tidak mengancam nyawa.
Kenderaan jenis mobile lounge telah digunakan di lapangan terbang Dulles sejak tahun 1959, namun sering dikritik kerana dianggap usang dan tidak lagi sesuai dengan keperluan operasi moden.
Jurucakap lapangan terbang, Crystal Nosal, berkata bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan menilai kerosakan pada terminal.
Lapangan terbang kekal beroperasi seperti biasa, namun pihak berkuasa menasihatkan penumpang agar memantau sebarang perubahan jadual penerbangan susulan insiden tersebut.
Topic Berkaitan
#kenderaan pengangkut penumpang
#rempuh dok bangunan
#cedera
#Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami