awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
62,485 calon lepasan SPM ditawarkan tempat ke politeknik dan kolej komuniti
MALAYSIA
Perkasa wanita melalui tindakan konkrit, bukan sekadar kata-kata - Dr Wan Azizah
DUNIA
Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

18 individu ditahan Iran, didakwa bina dron untuk Israel

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
03:30 MYT
18 individu ditahan Iran, didakwa bina dron untuk Israel
Penahanan ini dilakukan susulan peningkatan risikan balas Iran. - Foto AP
TEHRAN: Polis Iran menahan seramai 18 individu di Mashhad kerana disyaki menjalankan bengkel rahsia pembuatan dron intipan dan serangan bunuh diri bagi pihak rejim Israel.

Ringkasan AI
  • Iran menahan lebih 25 individu di lima wilayah, termasuk Mashhad dan Isfahan, kerana disyaki terbabit dalam rangkaian pembuatan dan pengendalian dron untuk pihak Israel.
  • Kumpulan ini dikaitkan dengan aktiviti pengintipan dan sabotaj yang didakwa dikendalikan oleh agensi perisikan Israel, Mossad, termasuk fasiliti pembuatan dron dan operasi menggugat keselamatan dalam negeri.
  • Penahanan ini dilakukan susulan peningkatan risikan balas Iran, ketika pihak berkuasa menumpukan kepada kumpulan sabotaj berkaitan teknologi dron dan peluru berpandu berpandu automatik, selepas laporan pendedahan pangkalan Mossad di Tehran.

Penahanan itu merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan pihak berkuasa Tehran bagi membanteras rangkaian pengintipan dan sabotaj yang didakwa dikendalikan agensi perisikan Israel, Mossad.
Dalam insiden berasingan beberapa hari lalu, pihak berkuasa di wilayah Isfahan turut menahan empat suspek selepas menemui sebuah fasiliti pengeluaran dron, lengkap dengan pelbagai peralatan dan alat ganti berskala besar.
Sementara itu di wilayah Qazvin, lima individu lain turut diberkas atas dakwaan mencetuskan huru-hara serta menyokong tindakan ketenteraan Israel.
Menurut laporan portal berita Iran, Al Mayadeen, sekumpulan ejen lain turut ditahan di Lorestan, barat Iran, selepas didakwa terlibat dalam memfasilitasi pencerobohan Israel.
Siri penahanan terbaru ini hadir ketika operasi balas risikan Iran semakin dipertingkatkan, susulan peningkatan aktiviti jaringan Mossad di dalam negara itu. Fokus utama adalah terhadap kumpulan sabotaj yang dikaitkan dengan teknologi dron dan sistem peluru berpandu berpandu automatik.
Awal bulan ini, media Israel dan beberapa laporan yang dikaitkan dengan agensi risikan mendedahkan kewujudan pangkalan rahsia Mossad di sekitar Tehran. Operasi itu dilaporkan menggunakan dron meletup dan peluru berpandu anti-kereta kebal automatik (ATGM) bagi menyerang sistem pertahanan udara dan pusat komando Iran - yang dipercayai membuka laluan kepada serangan udara pertama Israel pada 13 Jun lalu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#dron
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami