Skip to main content

Malaysia

Aliran trafik di semua lebuh raya lancar pagi ini

KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak menghala ke Pantai Timur mula bergerak perlahan setakat jam 1.30 petang hari ini, susulan peningkatan jumlah kenderaan sempena cuti sekolah dan perayaan Krismas.
Keadaan dijangka mula sesak menjelang tengah hari hingga ke malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya menuju ke Lembah Klang lancar setakat pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan dijangka mula sesak menjelang tengah hari hingga ke malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat cuti persekolahan dan cuti umum berganda. 

"Pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati susulan hujan di beberapa kawasan antaranya di Lembah Klang dan di bahagian selatan," ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya merancang waktu perjalanan masing-masing bagi mengelakkan  terperangkap dalam kesesakan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement