awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Goldman Sachs potong pampasan tahunan CEOnya sebanyak RM70 juta

Agensi
Agensi
27/01/2021
05:20 MYT
1MDB: Goldman Sachs potong pampasan tahunan CEOnya sebanyak RM70 juta
Memetik Bloomberg lembaga syarikat itu mengurangkan jumlah pampasan Solomon kepada AS$17.5 juta (RM70.78 juta) pada 2020, berbanding AS$27.5 juta (RM111 juta) pada tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR:Goldman Sachs Group Inc memotong pampasan tahunan Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Salomon sebanyak 36 peratus selepas dikenakan penalti berhubung rasuah berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memetik Bloomberg lembaga syarikat itu mengurangkan jumlah pampasan Solomon kepada AS$17.5 juta (RM70.78 juta) pada 2020, berbanding AS$27.5 juta (RM111 juta) pada tahun sebelumnya.
Bank itu dalam satu kenyataan berkata, jumlah pampasan tersebut menyusut selepas Salomon diminta melunaskan bayaran bernilai AS$10 juta (RM40.45 juta) yang mengaitkan peranan firma itu dengan pelaburan 1MDB.
Selain itu, lembaga syarikat turut mengekalkan gaji Solomon untuk tahun ini.
Meskipun Solomon tidak dituduh melakukan kesalahan, lembaga syarikat pada Oktober mengatakan adalah "wajar" untuk menahan AS$31 juta sebagai ganti rugi kepada Solomon dan tiga lagi timbalannya setelah firma itu menyelesaikan lebih AS$5 bilion membabitkan masalah sivil dan siasatan jenayah.
Sebelum ini, Goldman Sachs bersetuju untuk melunaskan bayaran AS$2 bilion kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan berkaitan 1MDB.
Selepas mengaku bersalah, Goldman Sachs meletakkan kesalahan itu kepada lima bekas pegawai tertingginya dan meminta mereka menjelaskan semua bayaran yang diterima, selain bercadang memotong gaji Solomon dan tiga timbalannya .
Goldman Sachs didenda AS$5 bilion oleh pihak berkuasa AS selepas mengaku bersalah terlibat dalam kes rasuah asing terbesar dalam sejarah pihak berkuasa negara itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#1MDB
#pelaburan
#United States
#Goldman Sachs Group Inc
#David Salomon
#Goldman Sachs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan