Nicaragua membebaskan lebih dari 2,800 banduan pada Rabu, sehari selepas kematian seorang daripada banduan yang dilaporkan mengalami masalah pernafasan.

Pemerintah dalam satu kenyataan memaklumkan, pembebasan banduan yang seterusnya perlu patuh sebagai tahanan rumah itu adalah sempena sambutan Hari Ibu di negara itu pada 30 Mei.

Antara lain, pembebasan itu termasuk buat banduan warga emas dan menghidapi sakit kronik.

Kerajaan bagaimanapun tidak merujuk kepada COVID-19, yang menjadi kebimbangan populasi penjara di seluruh dunia dan menimbulkan risiko yang lebih besar buat mereka.

Hampir separuh daripada tahanan yang dibebaskan pada Rabu adalah dari penjara Modelo di Tipitapa.

Pemerintah Nicaragua hanya melaporkan 25 kes COVID-19 yang disahkan dan lapan kematian, jauh lebih rendah daripada negara lain di rantau berkenaan.