awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut akibat ribut tropika Yagi di Filipina

Bernama
Bernama
02/09/2024
09:30 MYT
2 maut akibat ribut tropika Yagi di Filipina
Mangsa yang maut ialah seorang gadis berusia 17 tahun dan seorang wanita berusia 26 tahun yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berasingan di Cebu City. - Gambar hiasan
MANILA: Dua orang maut apabila ribut tropika Yagi yang membawa hujan lebat melanda Filipina, menyebabkan banjir dan tanah runtuh, menurut agensi pengurusan bencana negara dan pegawai tempatan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Banjir sehingga paras dada dilaporkan di beberapa kawasan terjejas, termasuk ibu kota Metro Manila, memaksa pihak berkuasa menangguhkan sesi persekolahan dan operasi kerajaan.
Menurut pegawai tempatan, mangsa yang maut ialah seorang gadis berusia 17 tahun dan seorang wanita berusia 26 tahun yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berasingan di Cebu City, kira-kira 570 kilometer di selatan Manila.
Sepuluh orang turut cedera dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.
Menurut pengawal pantai, beberapa penerbangan domestik dibatalkan, manakala aktiviti pelayaran digantung di pelabuhan timur dan tengah, menyebabkan lebih 2,200 penumpang terkandas.
Biro cuaca berkata Yagi membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 75 kilometer sejam (km/j) dan tiupan angin kencang sehingga 90 km/j.
Ribut itu sedang bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 15 km/j dan dijangka meningkat menjadi ribut tropika kuat menjelang Rabu.
"Yagi juga mungkin mencapai kategori taufan menjelang Khamis atau Jumaat," menurut biro cuaca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Ribut Tropika
#yagi
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan