RIYADH: Seramai 20 jemaah umrah terbunuh sementara puluhan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.

Media-media tempatan melaporkan, insiden berkenaan berlaku di sebuah daerah di wilayah selatan ketika bas berkenaan dalam perjalanan membawa jemaah ke Mekah.

Menurut laporan portal berita Arab News yang memetik stesen televisyen El-Ekhbariya, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4 petang di Aqabat Shaar.

"Mengikut maklumat awal yang diterima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 orang dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang," kata El-Ekhbariya, saluran televisyen kerajaan.


Berdasarkan laporan pihak berkuasa, kemalangan berpunca akibat brek bas berkenaan yang bermasalah sehingga menyebabkan berlanggar jambatan, terbalik sebelum terbakar.

Pihak berkuasa juga memaklumkan, kesemua mangsa kemalangan itu mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka.

Laporan itu memaklumkan kemalangan berpunca bas mengalami masalah tanpa menyatakan secara

Kemalangan merupakan cabaran berterusan untuk membawa jemaah secara besar-besar dengan selamat ke Mekah dan Madinah iaitu dua bandar paling suci umat Islam yang terletak di Arab Saudi.

Insiden berkenaan berlaku pada minggu pertama Ramadan ketika jutaan umat Islam sedang memberikan tumpuan pada ibadah umrah iaitu hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum jutaan jemaah menunaikan haji iaitu rukun Islam kelima.