awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 terbunuh di Mesir, bas mini terjatuh dalam terusan

Bernama
Bernama
13/11/2022
04:03 MYT
20 terbunuh di Mesir, bas mini terjatuh dalam terusan
Bas mini itu terjatuh ke dalam terusan Mansuriya di bandar Aga di wilayah Delta Nil Dakahlia apabila pemandu hilang kawalan. - Sinar Harian
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam cedera pada Sabtu apabila sebuah bas mini jatuh ke dalam terusan di utara Mesir, menurut pegawai.
Gabenor Dakahlia mengemas kini angka kematian itu di Facebook.
Kementerian Kesihatan sebelum ini berkata 19 terbunuh dan enam cedera apabila bas mini itu jatuh ke dalam Sungai Nil.
Agensi Anadolu memetik laporan media bahawa bas mini itu yang membawa berpuluh-puluh penumpang terjatuh ke dalam terusan Mansuriya di bandar Aga di wilayah Delta Nil Dakahlia apabila pemandu hilang kawalan.
Kementerian Kesihatan berkata 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat, lapor Anadolu.
Mesir mempunyai rekod pengangkutan yang lemah walaupun kerajaannya berusaha untuk menambah baik rangkaian jalan raya di negara itu.
Negara itu merekodkan 56,789 kematian dan 6,164 kecederaan dalam kemalangan jalan raya pada 2020, menurut agensi perangkaan negeri, CAPMAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas mini
#Mesir
#pengangkutan awam
#bas terhumban
#terusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan