awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 terkorban akibat 'habagat', taufan di Filipina

Bernama
Bernama
18/09/2024
06:11 MYT
20 terkorban akibat 'habagat', taufan di Filipina
Angka korban meningkat 10 orang hari ini berbanding angka yang dilaporkan pada Selasa. - Foto AP
MANILA: Seramai 20 orang terbunuh akibat gabungan kesan monsun barat daya (habagat) dan taufan tropika Ferdie dan Gener, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Rabu.
Angka korban meningkat 10 orang berbanding angka yang dilaporkan pada Selasa.
Seramai 156,524 keluarga yang tinggal di 1,178 "barangay" di 12 wilayah terjejas akibat bencana itu.
Sementara itu, 11 orang dilaporkan cedera dengan enam di Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM), tiga di Mimaropa dan dua di Wilayah 12.
Daripada jumlah keluarga yang terjejas, 16,926 keluarga atau 62,995 individu ditempatkan di 618 pusat pemindahan, manakala 8,592 keluarga atau 34,265 individu mendapat bantuan di luar pusat pemindahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#angka korban
#taufan habagat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan