awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200kg daging mentah 'lesap' dalam tempoh 15 minit

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2025
01:50 MYT
200kg daging mentah 'lesap' dalam tempoh 15 minit
Niat asal Willie mahu mengagihkan rendang daging yang sudah siap dimasak kepada 20,000 penduduk. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Hasrat seorang pempengaruh mahu menyediakan rendang daging untuk diagihkan kepada penduduk setempat untuk juadah berbuka puasa tidak kesampaian setelah ia 'lesap' sebelum sempat dimasak.
Ketika insiden itu, Willie Salim dikatakan membeli seekor lembu berharga kira-kira 50 juta rupiah (RM13,392) untuk memasak 200 kilogram (kg) rendang daging yang akan diberikan kepada 20,000 penduduk di Palembang, Indonesia.
Proses penyediaan bumbu bersama pasukannya turut dibantu penduduk setempat.
Setelah semua bahan dimasukkan ke dalam kuali, Willie meminta tempoh berehat selama 15 minit dan dia kemudiannya ke tandas.
Apabila dia kembali semula, kesemua daging 'hilang' langsung tiada sisa yang tinggal meskipun ia belum siap dimasak.
Anggota keselamatan yang berada lokasi itu juga gagal untuk mengawal ribuan penduduk yang berebut-rebut mahu mengambil daging mentah tersebut tanpa menghiraukan kuali panas.
Willie menerusi catatan di media sosial miliknya menyifatkan ia sebagai 'kejadian pertama dalam sejarah' dan turut berseloroh, '200kg rendang daging 'lesap' hanya dalam tempoh 15 minit'. - Sinar Harian memetik agensi
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#daging mentah
#rendang daging
#Ramadan2025
#CeritaRamadan2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan