awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20kg emas hanyut dibawa banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2025
00:50 MYT
20kg emas hanyut dibawa banjir
Apabila berita kehilangan itu tersebar, ratusan orang membanjiri lokasi untuk mencari barang kemas tersebut, malah ada yang membawa alat pengesan logam. - Foto Sinar Harian/Agensi
BEIJING: Hampir 20 kilogram barang kemas bernilai lebih 10 juta yuan (RM5.9 juta) dilaporkan hanyut selepas sebuah kedai emas di Daerah Wuxi, Wilayah Shaanxi, China dilanda banjir kilat pada 25 Julai lalu.
Menurut laporan VnExpress, pemilik kedai emas Laofengxiang memaklumkan bahawa banjir yang melanda pada waktu pagi itu telah menghanyutkan kesemua barang kemas yang dipamerkan.
"Antara yang hilang termasuk gelang, rantai leher, subang, loket, cincin berlian serta barangan jed dan perak.
"Sebuah peti besi yang mengandungi stok simpanan, bahan kitar semula dan wang tunai juga hilang," katanya.
Selepas air surut, keluarga pemilik bersama kakitangan kedai mengambil masa dua hari menggali lumpur bagi mencari barang kemas yang hilang.
Bagaimanapun, hanya sekitar satu kilogram barang kemas berjaya ditemui semula, dan sebahagian besar daripadanya dipulangkan oleh penduduk tempatan secara sukarela.
Rakaman kamera keselamatan tidak dapat membantu kerana bekalan elektrik terputus dan perkhidmatan internet terganggu ketika kejadian.
Apabila berita kehilangan itu tersebar, ratusan orang membanjiri lokasi untuk mencari barang kemas tersebut, malah ada yang membawa alat pengesan logam.
Menurut anak pemilik kedai, terdapat penduduk yang melaporkan ternampak individu mengambil barang kemas, namun sehingga kini tiada sesiapa tampil memulangkannya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#emas
#hanyut
#kedai emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan