21 cedera kereta rempuh murid, guru di sekolah rendah Jakarta Utara

Sekurang-kurangnya 20 murid dan seorang guru cedera apabila sebuah kenderaan merempuh perhimpunan pagi di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 01 Pagi Kalibaru, Jakarta Utara. -Foto Google Maps
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 murid dan seorang guru cedera selepas sebuah kenderaan merempuh perhimpunan pagi di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 01 Pagi Kalibaru, Cilincing, Jakarta Utara, pagi Khamis.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 20 murid dan seorang guru cedera apabila sebuah kenderaan merempuh perhimpunan pagi di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 01 Pagi Kalibaru, Jakarta Utara.
- Insiden berlaku semasa murid mengikuti aktiviti literasi mingguan di padang sekolah, dimana kenderaan hilang kawalan, memasuki kawasan perhimpunan, dan melanggar murid serta guru.
- Kebimbangan keselamatan di kawasan sekolah timbul selepas insiden ini, memunculkan tuntutan penilaian semula prosedur keselamatan di sekolah awam.
Saksi kejadian menggambarkan suasana panik dengan beberapa murid tercampak dan ada yang terperangkap di bawah kenderaan.
Guru sekolah, Tedy, berkata tiada tanda awal sebelum bunyi dentuman kuat kedengaran dari arah pintu pagar, disusuli jeritan dan kekecohan di padang sekolah.
Pihak berkuasa telah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan sebagai B 2093 UIU dan sedang menyiasat punca sebenar kejadian. Pemandu kenderaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Mangsa yang cedera dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk RSUD Cilincing dan RS Koja. Keadaan beberapa murid dilaporkan serius namun stabil.
Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai keselamatan di kawasan sekolah, khususnya melibatkan kenderaan yang beroperasi dalam program kerajaan.
Pihak berkuasa pendidikan Jakarta Utara dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut dan menilai semula prosedur keselamatan di sekolah awam.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah murid dan guru yang cedera akibat kenderaan merempuh perhimpunan pagi di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 01 Pagi Kalibaru, Cilincing, Jakarta Utara? A: Sekurang-kurangnya 20 murid dan seorang guru cedera dalam insiden tersebut.
- Q: Apa yang menyebabkan kenderaan merempuh perhimpunan pagi di sekolah tersebut? A: Kenderaan dipercayai milik pengelola program makanan berkhasiat percuma kerajaan hilang kawalan dan merempuh pintu pagar sekolah sebelum melanggar murid serta guru.
- Q: Siapakah yang ditahan untuk siasatan lanjut berkenaan kejadian tersebut? A: Pemandu kenderaan dengan nombor pendaftaran B 2093 UIU telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
- Q: Apakah keadaan mangsa yang cedera akibat insiden tersebut? A: Keadaan beberapa murid dilaporkan serius namun stabil dan dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk RSUD Cilincing dan RS Koja.
- Q: Apakah tindakan yang dijangka diambil oleh pihak berkuasa pendidikan Jakarta Utara berhubung keselamatan di sekolah tersebut? A: Pihak berkuasa pendidikan dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut dan menilai semula prosedur keselamatan di sekolah awam selepas insiden tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

