awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

230 kes penerbangan dron tanpa kelulusan di sekitar pejabat Presiden Korea Selatan

Bernama
Bernama
29/09/2024
09:45 MYT
230 kes penerbangan dron tanpa kelulusan di sekitar pejabat Presiden Korea Selatan
Terdapat 89 penerbangan dron tanpa kelulusan di zon larangan terbang P-73 di sekitar pejabat presiden pada 2022. Gambar hiasan/ weforum.org
SEOUL: Sebanyak 230 kes penerbangan dron tanpa kebenaran di sekitar pejabat presiden dilaporkan sehingga tahun lepas, sejak pejabat tertinggi itu berpindah ke daerah tengah Seoul, Yongsan pada 2022, lapor Agensi Berita Yonhap memetik seorang ahli parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen Choo Mi-ae dari Parti Demokrat, parti pembangkang utama Korea Selatan mendedahkan data "Capital Defence Command" sambil menyatakan pejabat tertinggi itu menjadi lebih terdedah di lokasi baharu berbanding kompleks presiden Cheong Wa Dae sebelum ini.
Menurut data itu, terdapat 89 penerbangan dron tanpa kelulusan di zon larangan terbang P-73 di sekitar pejabat presiden pada 2022 selepas Presiden Yoon Suk Yeol memindahkan pejabat berkenaan ke Yongsan pada Mei manakala 141 kes seumpama itu dilaporkan tahun lepas.
Ketika pejabat tertinggi berada di Cheong Wa Dae, hanya 163 kes seumpamanya dilaporkan antara 2020 dan 2022.
Choo berkata penerbangan dron di atas pejabat presiden boleh menjadi ancaman besar kepada keselamatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dron sampah
#Presiden Korea Selatan
#Korea Utara
#penerbangan dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan