awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 mangsa tembakan pengganas di Christchuch masih dirawat di hospital

Agensi
Agensi
24/03/2019
01:56 MYT
25 mangsa tembakan pengganas di Christchuch masih dirawat di hospital
Insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand meninggalkan kesan bukan dalam kalangan umat Islam, tetapi turut dirasai oleh masyarakat pelbagai bangsa di seluruh dunia. - Gambar fail
Dua puluh lima daripada 48 mangsa yang cedera dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu masih dirawat di Hospital Christchurch.
Serangan berkenaan turut mengorbankan 50 lagi umat Islam semasa kesemua yang terlibat hendak menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.
Ketua Eksekutif Bahagian Kesihatan Canterbury, David Meates berkata, empat mangsa masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi.
Bagi mangsa yang dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini, mereka masih lagi menerima rawatan yang disediakan hospital berkenaan.
Dalam pada itu, seorang kanak-kanak perempuan yang turut cedera dalam insiden berdarah itu masih kritikal di Hospital Starship di Auckland.
Manakala bapanya yang juga cedera, namun stabil, dirawat di hospital berhampiran, Hospital Auckland City.
Menurut Meates kepada media tempatan, keadaan di Hospital Christchurch masih lagi sibuk terutamanya di bahagian kecemasan.
“Mana-mana mangsa yang ingin ke hospital bagi mendapatkan rawatan, saya minta mereka hubungi kami terlebih dahulu agar kakitangan yang bertugas dapat memberikan rawatan yang terbaik.
“Namun apa yang paling penting, mereka perlu menjaga tahap kesihatan masing-masing berikutan kesan trauma yang dialami,” beliau dipetik berkata.
Topic Berkaitan
#Australia
#Christchurch
#Jacinda Ardern
#Malaysia
#Masjid Al Noor
#Masjid Linwood
#New Zealand
#pengganas
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan