Skip to main content

Dunia

25 maut dalam kebakaran kapal kargo di limbungan kapal China

Smoke rises from a cargo ship in a Chinese port, after it was reported to have caught fire during repairs, in Qingdao, Shandong province, China, September 10, 2026 in this screen grab obtained from a social media video. Social Media/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. VERIFICATION: Buildings, cranes and shipyard layout matched satellite imagery Coordinates: 36.013352346363725, 120.25697898428609 Shape and direction of the smoke matched corroborating verified v
Asap tebal kelihatan naik dari sebuah kapal kargo di pelabuhan Qingdao, wilayah Shandong, China, selepas dilaporkan terbakar ketika menjalani kerja-kerja pembaikan. - Foto REUTERS
Advertisement

BEIJING: Seramai 25 orang maut dalam kebakaran yang berlaku di atas sebuah kapal kargo asing yang sedang menjalani kerja pembaikan di limbungan kapal milik kerajaan di Qingdao, timur China, pada Khamis.

Menurut laporan media rasmi China, kebakaran tercetus kira-kira 11.15 pagi waktu tempatan di limbungan kapal Qingdao Beihai ketika kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan sedang dijalankan.

Daripada 42 individu yang berada di atas kapal ketika kejadian, 12 berjaya dipindahkan dengan selamat manakala lima lagi cedera dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Api berjaya dipadamkan pada awal petang hari yang sama.

Gambar yang dikeluarkan media tempatan menunjukkan kapal yang terlibat ialah Ocean Melody, sebuah kapal pengangkut pukal berdaftar di Liberia.

Data perkapalan menunjukkan kapal berusia 20 tahun itu tiba di limbungan Qingdao pada 31 Ogos untuk menjalani kerja pembaikan dan kekal berada di lokasi sehingga insiden berlaku.

Presiden China, Xi Jinping, mengarahkan usaha mencari dan menyelamat dipertingkatkan serta siasatan segera dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan menentukan pihak yang bertanggungjawab.

Limbungan kapal Qingdao Beihai dikendalikan oleh China State Shipbuilding Corporation (CSSC), antara syarikat pembinaan kapal terbesar di dunia.

Dalam satu kenyataan, CSSC mengesahkan kebakaran berlaku di sebuah kapal kargo berbendera asing ketika kerja penyelenggaraan dijalankan di limbungan milik anak syarikatnya di Qingdao.

Menurut syarikat itu, sumber dan tenaga kerja telah digerakkan sepenuhnya bagi menguruskan keadaan di lokasi kejadian, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui.

 

 

Must Watch Video

Advertisement