Skip to main content

Dunia

Carolina Utara lanjut waktu mengundi di lima pusat pengundian

Orang ramai membuang undi pada pilihan raya pertengahan penggal AS di Holly Springs, North Carolina. - Foto REUTERS
Orang ramai membuang undi pada pilihan raya pertengahan penggal AS di Holly Springs, North Carolina. - Foto REUTERS
Advertisement

RALEIGH: Lembaga Pilihan Raya Negeri Carolina Utara memutuskan untuk melanjutkan waktu pengundian di lima pusat mengundi di empat daerah selepas berlaku beberapa gangguan yang menjejaskan proses pengundian sepanjang hari.

Menurut kenyataan lembaga itu, pusat pengundian berkenaan akan terus beroperasi sehingga jam 8.15 malam waktu tempatan (0115 GMT).

"Punca gangguan yang menyebabkan kelewatan pengundian adalah berbeza mengikut daerah," menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Susulan keputusan itu, Lembaga Pilihan Raya Carolina Utara turut menangguhkan penyiaran keputusan tidak rasmi pilihan raya di seluruh negeri sehingga semua pusat pengundian ditutup.

Sehubungan itu, keputusan awal yang sepatutnya mula diumumkan sebaik pengundian tamat dijangka hanya akan dikeluarkan sekitar jam 8.15 malam waktu tempatan.

Advertisement

Carolina Utara menjadi antara negeri tumpuan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat kali ini kerana beberapa pertandingan kerusi Kongres dan Senat dijangka berlangsung sengit.

Langkah melanjutkan tempoh pengundian diambil bagi memastikan pengundi yang terjejas akibat gangguan teknikal atau kelewatan di pusat mengundi masih mempunyai peluang mencukupi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

 

 

Must Watch Video

Advertisement