awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 tahun penjara akibat rogol anak sendiri

Agensi
Agensi
24/03/2019
08:00 MYT
27 tahun penjara akibat rogol anak sendiri
Mangsa berkata ketika kejadian, dia hanya seorang kanak-kanak dan tidak memahami apa kesalahannya sehingga diperlakukan sebegitu oleh bapanya. - Gambar hiasan
Keji dan tidak berhati perut, seorang bapa bukan sahaja mengaku merogol anak perempuannya dari usia empat tahun, malah tergamak membiarkan rakan sekerjanya merogolnya juga.
Lelaki berusia 80 tahun yang tidak didedahkan namanya itu mengaku bersalah terhadap 87 pertuduhan di Mahkamah Daerah Townsville, Queensland, Australia baru-baru ini.
Sewaktu soal siasat pihak polis, tertuduh mendakwa dia mahu melihat anak perempuannya itu menjadi seorang pelacur dan penagih dadah.
Malah, dia memberitahu polis dia ingin 'mengajar' anaknya itu supaya memilih laluan hidup tersebut.
Lebih menyedihkan, ibu mangsa mengetahui perlakuan terkutuk suaminya tetapi memilih untuk tidak melakukan apa-apa untuk menghentikannya, menurut laporan Townsville Bulletin.
Ibu mangsa juga pernah meminjamkan AS$300 kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun pada ketika itu untuk membayar kos pengguguran selepas gadis itu dihamilkan oleh bapanya.
Selain itu, bapanya juga pernah membenarkan sekumpulan rakan sekerjanya merogol anaknya di tempat kerja.
"Bapa saya merupakan orang yang paling saya takuti di dalam hidup saya. Dia telah menyebabkan saya trauma.
"Saya hanya seorang kanak-kanak dan tidak memahami apa kesalahan saya sehingga diperlakukan sebegitu oleh bapa saya," kata mangsa dalam kenyataannya di mahkamah.
Mangsa turut menceritakan bagaimana seluruh dunianya 'hancur' dan 'berubah selamanya' apabila ibunya sendiri tidak mencuba menghentikan perlakuan bapanya itu.
Bagi semua pertuduhan, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun ke atas tertuduh.
Topic Berkaitan
#Australia
#rogol anak
#Townsville
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan