Skip to main content

Dunia

3 ditikam di perpustakaan di Jepun, lelaki ditahan kerana percubaan membunuh

61731814413_tikambunuh.jpg
Seorang lelaki ditahan kerana cubaan membunuh selepas dipercayai menikam tiga individu dengan pisau di sebuah perpustakaan di Wilayah Fukuoka, barat daya Jepun. - Foto hiasan

TOKYO: Seorang lelaki ditahan kerana cubaan membunuh selepas dipercayai menikam tiga individu dengan pisau di sebuah perpustakaan di Wilayah Fukuoka, barat daya Jepun, lapor Kyodo News yang memetik polis tempatan.

Tiga mangsa -- dua lelaki dan seorang wanita -- yang diserang di ruang dewan di tingkat satu perpustakaan itu, berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, menurut polis.

Advertisement

Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.50 malam yang melaporkan seorang lelaki warga emas bersenjatakan pisau sedang ditahan oleh pengawal keselamatan.

-- BERNAMA
 

Must Watch Video